ISU SEMASA

Alhamdulillah, Jenazah Abdul Bari telah Ditemui

ABDUL Bari Asyraf Mohd, 31, yang hilang selepas membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu, kelmarin, ditemui lemas, pagi ini.

Mayat mangsa ditemui di kawasan kuala sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi ini, pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.

“Mayat diserahkan kepada polis jam 7.50 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf dikatakan mengalami kejang otot sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Nota kaki:

Alhamdulillah
Setelah lebih 24 jam pencarian,akhirnya jasad Arwah Abdul Bari Asyraf telah pun ditemui. Kepada semua anggota bomba,polis,press juga orang awam yg terlibat dalam pencarian ini, kami seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih.

Kepada anggota keluarga arwah,kami seluruh rakyat Malaysia mengucapkan salam takziah atas ujian ini.Sesungguhnya kami rakyat Malaysia juga turut berduka atas pemergian ini.

Sama2 lah kita doakan agar sahabat kita ini tenang disana,dan pengorbanan arwah diangkat di sisi Yang Maha Pencipta..
Berehatlah saudaraku Bari…
Al Fatihah….

Alhamdulillah, Jenazah Abdul Bari telah Ditemui 2

Alhamdulillah, Jenazah Abdul Bari telah Ditemui 3

Alhamdulillah, Jenazah Abdul Bari telah Ditemui 4

Sumber : Harian Metro dan Malaysian Response Team

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker