Akhirnya Terbongkar Siapakah Najib Razak Sebenarnya

Secara asasnya gelaran Orang Besar Berempat tersebut telah wujud semenjak tahun 1830-an lagi iaitu semasa era pemerintahan Bendahara Tun Ali (Hj. Buyong Adil, Sejarah Pahang, hlm. 136). Ketika itu, Bendahara Tun Ali mempunyai orang-orang besar yang kanan bagi membantu pentadbiran negeri yang terdiri daripada :

1.Orang Kaya Indera Shahbandar di Pekan

2.Orang Kaya Indera Maharaja Perba di Jelai

3.Orang Kaya Indera Segara di Temerloh

4.Orang Kaya Indera Pahlawan di Chenor

Setiap Orang Besar Berempat (Four Noblemen of The Royal Court) ini mempunyai kawasan pentadbiran masing-masing. Semasa persidangan kelima Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8 Oktober 1891, telah ditetapkan kawasan pegangan bagi setiap Orang Besar berempat ini iaitu (Dr. W. Linehan, JMBRAS, vol. XIV, pt. II, 1936, hlm. 201) :

1.Orang Kaya Indera Shahbandar : Dari Sungai Bebar ke Kuala Lepar

2.Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai : Dari Tanjung Lindung sepanjang Sungai Jelai ke Perak dan Kelantan (kecuali Sungai Lipis) dan dari daerah Kuala Tembeling ke Pasir Durian

3.Orang Kaya Indera Segara : Dari Kuala Tekoh ke Pasir Purun

4.Orang Kaya Indera Pahlawan : Dari Kuala Luit ke Buntut Pulau Kening, juga daerah Sungai Krau iaitu daripada Batu Wan Pak ke Batu Redap

Akhirnya Terbongkar Siapakah Najib Razak Sebenarnya 2

Mengikut tradisinya, Orang Besar Berempat ini dilantik secara turun temurun berdasarkan keturunan. Justeru, gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar ini juga tidak terkecuali diwarisi oleh YAB Dato’ Seri Najib daripada jalur keturunannya. Ayahanda beliau iaitu Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussain merupakan Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang ke-10 yang dilantik pada 1 November 1950. Ayahanda Tun Abdul Razak pula iaitu Dato’ Hussain bin Muhammad Taib adalah Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9 yang dilantik pada tahun 1930.

Ada juga pendapat yang mengatakan gelar Orang Kaya Indera Shahbandar ini sejak dahulu lagi dipegang oleh golongan bangsawan keturunan Bugis. Ini juga mungkin ada kebenarannya memandangkan YAB Dato’ Seri Najib sendiri merupakan keturunan Bugis dan pernah semasa beliau mengadakan lawatan rasmi ke Sulawesi Selatan pada Mei 2009, beliau telah diberi gelaran salutasi sebagai “Dato’ Seri Muhammad Najib Tun Abdul Razak Imappadulung Dg Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Jalil Raja Gowa XX”.

Gelaran ini sebagai penghormatan kerana Dato’ Seri Najib dikatakan memiliki garis keturunan dari Raja Gowa ke-19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sonrobone Sultan Abdul Jalil Tumenanga ri Lakiung.

Sumber: puteriviral.blogspot via Reviewever.com