ISLAMKISAH

Ahli Politik Belanda Anti-Islam Telah Memeluk Islam Selepas Berasa Aneh Ketika Mengarang Buku Menentang Islam

Seorang ahli politik Belanda yang pernah berkata “Islam adalah dusta” dan “Al-Quran adalah racun” kini telah memeluk Islam.

Joram van Klaveren yang terkenal dengan Islamphobia adalah ahli parlimen dari Parti Untuk Kebebasan (PVV) yang diketuai oleh ahli politik anti-Islam Geert Wilders, tetapi kini beliau mengakui beliau salah mengenai Islam.

Beliau membuat perubahan dari pengkritik kepada pemeluk Islam ketika menulis buku untuk menentang Islam.

“Ketika menulis (buku) itu saya terjumpa dengan lebih banyak perkara yang membuatkan pandangan saya mengenai Islam goyah,” katanya kepada radio Belanda.

Van Klaveren adalah ahli parlimen dari Parti Untuk Kebebasan (PVV) dari 2010 hingga 2014, namun keluar dari parti kerana tidak bersetuju dengan Wilders yang bertanya kepada para penyokong dalam perhimpunan pada tahun 2014 jika mereka mahukan lebih ramai atau lebih sedikit orang Maghribi di Belanda, di mana orang ramai membalas “Lebih sikit!”

Ahli Politik Belanda Anti-Islam Telah Memeluk Islam Selepas Berasa Aneh Ketika Mengarang Buku Menentang Islam 2
Selepas meninggalkan PVV, Van Klaveren menubuhkan parti sendiri, tetapi gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya negara pada 2017 dan beliau berhenti dari politik.

Van Klaveren adalah pengkritik Islam yang keras pada masa itu sebagai ahli politik PVV, mengatakan “Islam adalah dusta” dan “Al-Quran adalah racun,” lapor media NRC.

Ditanya dalam wawancara akhbar itu jika beliau merasa bersalah terhadap kenyataan-kenyataan itu, Van Klaveren berkata dia telah “salah sama sekali,” dan berkata bahawa ia adalah “dasar PVV: Apa sahaja yang salah harus dikaitkan dengan Islam walau bagaimanapun caranya..”

“Pada tahun-tahun sebelumnya saya telah membina kebencian terhadap Islam (dalam diri). Sekiranya pada masa itu anda perlu membuat kesimpulan bahawa anda salah, itu tidak menyeronokkan.

“Namun sebagai pencari Tuhan, saya selalu merasakan ada ketidakpuasan tertentu (dalam hati). Dan ia beransur-ansur hilang. Ia rasa seperti pulang ke rumah, dalam pengertian agama, memetik NRC.

Bekas Pemimpin PVV Arnoud van Doorn juga memeluk Islam pada tahun 2012 dan tidak lama kemudian ke Makkah untuk melakukan ibadah haji. Beliau sebelum ini pernah menjadi produser dan pembuat filem anti-Islam berjudul Fitna yang pernah dilanda kontroversi bersama sahabat rapatnya Geert Wilders.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Van Klaveren atas keputusannya menerusi Twitter dengan menulis: “Saya tidak pernah menyangka bahawa PVV akan menjadi tempat melahirkan orang yang kembali kepada Islam.”

“@JoramvKlaveren, Dengan ini anda dijemput untuk mengerjakan Umrah secara percuma. 👍🏼🕋,” tulisnya menerusi Twitter.

Ahli Politik Belanda Anti-Islam Telah Memeluk Islam Selepas Berasa Aneh Ketika Mengarang Buku Menentang Islam 3
Arnoud Van Doorn di Masjidil Haram di Makkah.

Tahun lalu, Arthur Wagner, seorang pemimpin kanan Parti Alternatif untuk Jerman (AfD) berfahaman populisme sayap kanan yang juga parti berasaskan ideologi anti-Islam juga memeluk Islam.

Menurut sejarah ramai sahaja orang yang membenci Islam, namun menjadi seorang Muslim selepas pencarian mendalam dan keikhlasan mereka dalam mencari agama sebenar.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker