KISAHVIDEO

Adik Aishah London Gegar Sinar Fm, Berbelit Lidah Jep, Rahim Dan Angah Tanya Soalan Dalam Bahasa Inggeris.

Baru-baru ini v1ral di media sos1al vide0 rakaman seorang murid perempuan darjah satu yang menjadi bualan ramai kerana kepetahannya berbahasa Inggeris.

Rata-rata net1zen turut merasa kagum dengan kehebatan kanak-kanak bernama Hana Aishah Mustafa Kamal itu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Menurut ayahnya, Aishah mula bertutur dalam bahasa Inggeris sejak umur tiga tahun dan fasih berbahasa Inggeris sehinggakan orang kampung memanggilnya ‘Aishah London’ kerana kepetahannya itu.

Kepada yang masih belum menonton vide0 Aishah yang v1ral baru-baru ini boleh lah menonton vide0 di bawah :

Yang terbaru, Aishah dijemput menjadi tetamu undangan di Johara Pagi Era. Telatah Aishah yang petah berbicara itu membuatkan pendengar terhibur. Penampilan Aishah yang manis dan comel bertudung biru turut mendapat perhatian ramai.

Kepada yang masih belum mengetahui kisah ini, boleh baca di link di bawah :

” I want to be a police officer to protect my country ” – Adik ‘Aishah London’

Keesokan harinya, Aishah dijemput pula menjadi tetamu undangan di Radio Sinar pula dalam segmen Pagi Di Sinar bersama Jep Sepahtu, Rahim dan juga Angah. Aishah ditemani oleh kedua-dua ibu bapanya.

Apa yang menariknya, sampai berbelit lidah Jep, Rahim dan Angah untuk bertanya soalan dalam bahasa Inggeris kepada Aishah. Apa-apa pun, segmen ini membuatkan ramai yang terhibur.

Aishah di Sinar

” Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Kita bawakan hari ni adik Hana Aishah dan bapanya, Encik Mustapha Kamal untuk berkongsi bagaimana adik Aishah petah berbahasa Inggeris.. “

” Dahsyat betul adik Aishah ni bila keluarga sendiri pun belajar Bahasa Inggeris dengan dia.. “

” Adik Aishah minat Bahasa Inggeris seawal umur dia 3 tahun.. “

” Antara tips yang diterapkan oleh Encik Mustapha Kamal untuk anak-anaknya ialah dia tidak mengongkong anak-anaknya untuk buat aktiviti harian.. “

” Ada tak Encik Mustapha bimbang dengan Aisyah ni sebab banyak sangat exposure di med1a sos1al ?. “

” Petahlah adik Aishah ni speaking. Tergagap-gagap abang ni semua nak tanya soalan kat Aishah.. “

” Terima kasih Encik Mustapha dan isteri serta Aishah yang datang pagi ni untuk bersama dengan geng #PagiDiSinar. Nantikan video geng #PagiDiSinar cuba speaking dengan adik Aishah ni.. “

” Fasih adik Aishah ni cakap bahasa inggeris, tak hairanlah orang panggil dia Aishah London. Tapi hujung-hujung tu boleh pulak dia cakap bahasa melayu, kesian Jep, Rahim dengan Angah sampai terbelit lidah diaorang nak bagi soalan bahasa Inggeris.

Rata-rata ramai yang kagum dengan kepetahan adik Aishah. Antara komen-komen net1zen :

” Alololo comelnyaa adik aishah.. Petah sangat….smoga terus berjaya adik… “

” “Many many drinks you like what drinks? ” part ni aku berdekakk hahahhaha.. “

” Comel la accent dia.. “

” Fuhhh. seronok bhaii vide0 ni.. “

” Batuk pn bahsa inggeris.. Haha lawak.. “

” Haha lawak.. Batuk pun bahasa Inggeris.. “

Jom tonton vide0 penuh di bawah :

Kami mendoakan semoga Aishah membesar dengan sihat, cemerlang dalam perlajaran, menjadi anak yang solehah yang membahagiakan kedua ibu bapa serta berjaya di dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar / Youtube Sinar

Penjelasan Bapa Aishah bagaumana anaknya boleh pandai English..
SETELAH tahun 2018 melabuhkan tirainya dengan pelbagai kisah menarik, 2019 pula dimulakan dengan vide0 tvlar seorang murid perempuan yang menjadi bualan hangat di seluruh negara kerana kepetahannya berbahasa Inggeris.

Gelagat Hana Aishah Mustafa Kamal, 7, yang lancar berbahasa Inggeris sewaktu ditemubual sebuah saluran televisyen tempatan ternyata menarik perhatian ramai.

Bapanya, Mustafa Kamal Mohd Taib ketika dihubungi mStar Online berkata dia sebenarnya turut hairan dan pelik dengan kebolehan Aishah yang mula bertutur dalam bahasa itu sejak kecil lagi.

“Dia boleh berbahasa Inggeris sejak umur tiga tahun, masa umur dua tahun masih pelat lagi. Tapi perkataan pertama dia dulu pun dalam bahasa Inggeris.

“Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London.

“Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang,” kata Mustafa pada Khamis.

Jelas bapanya, Aishah begitu teruja untuk memulakan persekolahan.

Jelas peniaga berusia 42 tahun itu, dia tidak mempunyai sebarang tip khusus dalam membesarkan anak-anaknya, apatah lagi mengasah kemahiran mereka dalam bahasa Inggeris.

Namun, dia yang juga bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) memberi penekanan terhadap pendidikan agama buat Aishah dan lapan lagi anaknya yang lain sejak mereka kecil.

“Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.

“Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan,” kata Mustafa.

Tambahnya lagi, Aishah juga seorang anak yang mudah diurus dan dia langsung tidak gentar untuk menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan, pada Selasa.

“Dia teruja nak ke sekolah, kejutkan dia untuk bangun pagi pun senang, sekali panggil sahaja dan bangun.

“Soalan pertama dia pada guru kelas adalah mengenai peraturan sekolah, apa boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah.

“Dia memang suka tanya soalan yang pelik. Pernah dia tanya saya, kenapa kita solat ada kiblat ke Makkah, tapi tak nampak Makkah pun. Jenuh nak menjawab,” katanya lagi.

Adik Aishah London gegar Sinar Fm, berbelit Lidah Jep, Rahim Dan Angah Nak bagi Soalan Dalam Inggeris.

Mengulas mengenai vide0 tvlar anaknya, Mustafa berkata dia bersyukur dan gembira dengan reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan Aishah.

Malah, vide0 murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Kedawang, Langkawi, Kedah itu turut menerima ratusan ribu tontonan menerusi laman Fcebook, Twitter dan Instagram.

“Bapa mana yang tak suka. Saya bersyukur sangat. Semoga ia menjadi contoh kepada anak-anak lain.

“Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting, bila kita kuasai bahasa asing, lebih banyak ilmu kita boleh dapat,” jelasnya lagi.

Tambahnya, Aishah juga pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi seorang doktor atau pereka fesyen apabila dewasa kelak.

“Bersepah speaking kau nak. Baru darjah 1”

Menerusi perkongsian vide0 di Fcebook, snippet berita TV1 ni menunjukkan temubual bersama budak darjah 1 yang SANGAT fasih berbahasa Inggeris. Bukan speaking biasa-biasa tau! Adik ni ada slanga English yang pekat dan tahu apa yang dia nak sampaikan kepada pemberita.

Tengok video ni kat bawah:

Menurut video tersebut, berita ini juga dirakam semasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad datang melawat ke sekolah adik tersebut. Fuh mesti bangga Tun dengar budak tu speaking kan!

“Jangan dengar tang English berhabuk dia tu, tengok tang confident dia bercakap”

Kebijaksanaan adik ini yang petah berbahasa Inggeris membuatkan netizen teruja dan mengakui kelemahan diri ketika dorang masa sekolah rendah dulu. Mana taknya, dulu paling onz pun pandai cakap “Teacher may I go to toilet?” je. Gitewww~

Adik Aishah London gegar Sinar Fm, berbelit Lidah Jep, Rahim Dan Angah Nak bagi Soalan Dalam Inggeris.

Adik Aishah London gegar Sinar Fm, berbelit Lidah Jep, Rahim Dan Angah Nak bagi Soalan Dalam Inggeris.
Sumber: Facebook

“Mana tak pandai, masuk sekolah Little Caliph tuuu”

Kalau korang perasan, adik pintar ni ada sebut kat akhir ayat dia yang dia pergi Little Caliph School sebelum masuk ke Darjah 1. Well menurut net1zen, inilah mungkin penyebab adik ni petah berbahasa Inggeris.

Sumber: Facebook

Komen FB
Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker