ISU SEMASA

Abang Tetap Hero dalam Keluarga Kita, Luahan Adik Abdul Bari Membuatkan Netizen Sebak

Menerusi halaman facebook adik kepada allayarham Abdul Bari yang memuatnaik status dan berkongsi video pihak bomba yang menjumpai badan abang nya. Adik Ar4ah juga turut meluahkan rasa yang membuatkan ramai sebak :

Adik redha abg dah xde tapi abg tetap hero di dalam keluarga kita.. Walaupun adk rasa abg masih ada

Video Yang Dikongsi :

Ramai Juga turut berkongsi kata kata semangat buat adik arwah :

Berakhirnya penantian seorang ayah…Ya Allah…Tabahkanlah hati insan ini dan seluruh ahli keluarganya dalam menerima ketentuan dr Mu…

Adik Nya juga turut berkongsi :

Tenanglah kesayangan adik disana..Doa adik sentiasa mengiringi buatmu abg a.k.a HERO, Allah lebih sygkan abg ,Doakan adik turut ikut abg ke syurga, Aamiin

Bapa kepada Abdul Bari Asyraf, Mohd Mustafa, 66, melahirkan rasa syukur apabila mayat anak lelakinya yang lemas di Sungai Terengganu berhampiran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, ditemui hari ini.

Mangsa ditemui dalam keadaan terapung di Kuala Tanjung berhampiran muara sungai jam 7.23 pagi ini oleh anggota bomba dan penyelamat serta orang awam.

Mohd dalam keadaan sugul tetapi tenang sebaik tiba di perkarangan Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu jam 8.45 pagi ini.

Info Terkini Yang Dikongsi :

“Alhamdulillah…,” katanya sebaik disapa wartawan Harian Metro.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Abdul Bari Asyraf akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Merbau selepas solat Zohor.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf lemas apabila niat murninya membantu menyelamatkan lima individu yang hampir lemas di sungai berkenaan gagal apabila dia hilang dari permukaan air.

Dalam usahanya membantu, dia sempat menyelamatkan seorang daripada lima individu terbabit iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Abdul Bari Asyraf yang dalam keadaan lemah sempat menghulurkan kanak-kanak terbabit kepada orang awam yang berada di jeti berhampiran pulau berkenaan sebelum tenggelam.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : HM

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker