SELEBRITIISU SEMASAKESIHATANTERKINI

“Setahun Tak Dapat Rasa Saraf Tangan Kanan” – Naz ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ Selamat Jalani Pembedahan Kali Ke-10

Pengacara yang popular dengan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman telah selamat menjalani pembed4han saraf tunjang di sebuah pusat perubatan swasta baru-baru ini.

Kata Naz, 41, kecederaan saraf tunjang yang dialaminya menyebabkan g4ngguan pada fungsi tangan kanannya selama lebih setahun.

 

View this post on Instagram

 

A good wife and health, is a man’s best wealth #SiapaTakSayangBiniOoi . . Didn’t want to make a big deal, but I guess the secret is out. . One of my bones was impacting my spinal chord, and I haven’t been able to feel my right hand for more than a year now. Fear and the hustle made me brush it off, till I dropped my mic several times on stage. Time to face the fear. . Despite the risk, alhamdulillah, surgery was successful. Skrg tgh recuperate di rumah, among my loved ones. Masih tak boleh pusing kepala, but been working on weights at home, now I can lift 5kg alhamdulillah. Slow and sakit, but what else is there to do in quarantine? . Thank you to staff nurse Anis, dan medical team di KPG Dsara. Korang memang pro dan baik hati. Stay safe and stay clean. . This is my 10th surgery. May this be the last. Thank you again for the well wishes, dan minta maaf kepada kengkawan yg tak aware. Just not my nature to susahkan orang, janganlah ambik hati ya cayang buchuk2 #Syukur #IAmIronMan

A post shared by Nazrudin Habibur Rahman (@nazrudinrahman) on

“Tak mahu berlebih-lebih tetapi rasanya rahsia perlu dibongkarkan.

“Salah satu daripada tulang belakang saya telah menjejaskan saraf tunjang saya dan saya tidak boleh rasa pergerakan tangan kanan saya selama lebih setahun.

“Ketakutan membuatkan saya sering menangguh, sehinggalah mikrofon yang saya pegang sering terjatuh setiap kali di pentas. Tibalah masanya untuk saya mengatasi rasa takut itu!

“Tolak ke tepi risiko, Alhamdulillah, pembedahan itu berjalan lancar dan sekarang tengah dalam proses pemulihan di rumah bersama keluarga tersayang.

“Masih tak boleh pusing kepala tetapi cuba melakukan aktiviti ringan mengangkat bebadan di rumah. Sekarang saya sudah boleh mengangkat beban 5 kilogram.

“Perlahan dan sakit, tetapi apa lagi yang boleh dibuat ketika tempoh kuarantin?” kongsi Naz menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

Naz mendedahkan pembed4han yang dilaluinya baru-baru ini merupakan prosedur ke-10.

“Semoga ini menjadi pembedahan yang terakhir dan terima kasih atas doa dan minta maaf kerana tidak maklumkan kepada kawan-kawan.

“Sifat saya tak suka susahkan orang, jangan ambil hati ya,” tambah Naz yang turut berkongsi paparan X-ray keadaan tulang belakang dan saraf tunjangnya.

Sepanjang proses pembed4han dan raw4tan terbabit, Naz dijaga rapi oleh isterinya, Sheahnee Iman Leee.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close